Saturday, December 24, 2011

Old Town 1B: Apa da Jadi???


Hello semua....

Entri kali ini ialah kisah benar........bukan misteri nusantara yang berlaku Isnin lepas 19 Disember 2011. Alkisahnya begini, aritu kami masuk Old Town cawangan 1Borneo setelah misi menonton Mission Impossible 4  menjadi misi mengecewakan....gara-gara 2 panggung yang kami kunjungi aritu full house.


Akhirnya kitorang singgah ja la di Old Town, time tu baru sekitar jam 8 suku. Duduk saja zap zap zap terus kitorang oder (layan diri sendiri, hantar order ke kaunter pasal pelayan tidak datang) Selesai tu maka kami pun bukalah buku cerita....ya la kalau sudah jumpa ni memang banyak topik hangat dibincangkan.....mengalahkan debat rakyat, forum perdana..aha. Makanya masa berlalu tiadalah terasa sangat tup tup tup sudah jam 9 malam. Time tu pandai pula tercari-cari mana sudah oder yang dibuat tadi....barulah sibuk tanya waiter balik. Kemudian muncullah satu order tanpa minuman, sudahlah baru ja habis air liur bincang masalah negara ^_^, air pula tidak muncul-muncul. Bila tanya pekerja aka (pelayan restoran) tunjuk muka macam tidak senang sampai i was-was jadinya nanti budak ni marah-marah nanti dia terjunkan entah apa-apa dalam minuman i....hehehe... harus prejudis sikit. Nah pastu dia pun hantarlah hot chocolate yang diminta tapi alamak hoi! serius punyalah main manis dan pekat macam dibubuh seguni coklat dan seguni gula dalam tu. Gila bagi orang diabetes kah dorang ni? tp i masih sabar....eerrmmm...minta ja lah air suam then buat macam rumah sendiri tambah air sendiri kononnya.........tapi tetap manis weeii, sukar untuk ditelans. Hah! itu bab air belum lagi butter bread dan mee kari yang dioder tidak sampai-sampai. Masa ni macam mau keluar tanduk gajah sudah kitorang. Akhirnya sejam kami duduk barulah order mee kari tu sampai yang mungkin diterbangkan khas dari US guna Airasia X.




Inilah cokat panas yang manis giler tu


Pastu tu ada satu famili ni yang sampai lebih kurang sama dengan kitorang macam komplen sesuatu....kira macam sedikit marah juga lah. Butir bicara mereka kedengarannya komplen hal yang sama iaitu makanan yang diorder belum sampai-sampai. Kemudian datang seorang pelayan memberitahu order makanan yang disebutkan tidak dapat dibuat kerana kitchen mereka sudah tutup. "TUTUP" kami saling berpandangan.....pelik apa???..ibu tu nampak naik geram dan persoalkan kenapa mereka tidak dimaklumkan awal jika sudah tutup. Memang pelik bin ajaib....kenapa pula order yang lain boleh ada dan order lain tertinggal sedangkan order dibuat serentak? dan alasan kitchen sudah tutup tidak masuk akal.




Mendengar perbualan tu kitorang pun cepat-cepat ke kaunter nak bayar bil selain tujuan (nak support ibu2 tu...hehheheh.....dengan memulangkan kembali minuman coklat yang entah apa-apa tu) Rupanya budak lelaki sekitar 9 or 10 tahun punya oder yang tak sampai-sampai tu....ibu itu beritahu bahawa mereka dari kudat sejak awal pagi dan mereka hanya sempat singgah makan pada masa itu. Simpati pula tengok budak lelaki tu yang kemudiannya mengucapkan "terima kasih" kepada pekerja old town sebelum pulang dengan kelaparan Sayangnya pekerja di Old Town tu macam tiada rasa bersalah atau malu pun dengan tindakan budak lelaki tu.


Kenapa terjadi begitu? berdasarkan pemerhatian kami aritu, ini antara sebabnya:

1. Pekerja kitchen dan pelayan lelaki terpekik terlolong di dapur buat bising tanpa rasa malu . Rasanya segala air liur sudah tempias macam air hujan merata-rata. (nasib kamera hp tidak sempat rakam saat2 tu kerana nampak saja i nak ambik gambar dorang terus bersurai)

2. Pelayan tidak datang terus kepada pelanggan apabila melihat pelanggan datang. 

3. Pelayan buat hal sendiri.

4. Manager atau supervisor tidak kelihatan. 


Ini nasihat berguna kepada Old Town 1B kalau u all nak terus berniaga:


1. Ambillah pekerja yang hanya betul-betul mahu berkerja, kerana kitchen bukan tempat bertepuk bertampar atau lantai sehati berdansa.

2. Pastikan hidangan menepati kualiti yang sama dengan standard yang telah ditetapkan oleh Franchisor.

3. Tingkatkan prestasi kurangkan kontroversi di dapur.


Casher aritu sempat juga meminta maaf dengan kami dan katanya tidak mengenakan kami servis charge. Mungkin memaafkan itu memang mudah tapi sampai satu ketika orang akan muak dengan kata-kata maaf. Lagipun adakah maaf itu dapat mengembalikan reputasi?  ^_^ 


1 comment:

coldpepperonata said...

mood baik bertukar jadi mood harimau malam tu!!!!walhal jenama restoren Old town my favorite utk breakfast and lunch.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...