Friday, December 9, 2011

Pengangkutan Awam Hong Kong Yang Super Awesome ^_^


Hong Kong merupakan salah sebuah bandaraya metropolitan yang agak sibuk dan dikunjungi ramai pelancong setiap tahun. Tarikan utama Hong Kong pastinya kerana status pulau ini yang bebas cukai dan terkenal dengan pusat fesyen rantau ini. Namun apa yang paling menarik pada saya ialah kota ini menyediakan pengangkutan awam yang sangat efisien, mudah, murah dan meliputi kebanyakan kawasan. 


Teksi
Ramai menyangka bahawa teksi merupakan pengangkutan yang mahal di sini. Bagaimanapun, hakikatnya tidak begitu. Tips berguna jika berkunjung ke Hong Kong ialah jika datang berlima pengangkutan seperti teksi mungkin lebih murah. Ini kerana rata-rata teksi di Hong Kong menyediakan 5 tempat duduk. Teksi mereka turut menggunakan meter jadi tidak perlu risau dengan penipuan. Bagaimanapun, jangan hairan jika rata-rata mereka kurang ramah, bagaimanapun anda pasti beruntung jika pemandu teksi yang dinaiki boleh berbahasa Inggeris kerana biasanya mereka lebih mudah membantu.


5 seats taxi (bukti kenderaan dimanfaatkan sepenuhnya)

MTR
MTR merupakan pengangkutan awam yang sangat popular. Kebanyakan penduduk Hong Kong menggunakan MTR ke mana-mana. Apabila waktu puncak kebanyakan train akan penuh sesak. Bagi memudahkan penduduk mahupun pelancong, kad OCTOPUS dijual di mana-mana station di kaunter Servis Center. Sekeping kad untuk seorang dewasa ialah HKD150. Bagaimanapun, HKD50 di dalamnya hanya deposit dan bakinya HKD100 merupakan jumlah yang boleh digunakan. Seandainya isian HKD100 habis digunakan maka kita hanya perlu membuat isian semula (topup). Jika kad OCTOPUS sudah tidak mahu digunakan lagi maka kad ini boleh dipulangkan di mana-mana Servis Center MTR dan semua baki yang tinggal termasuklah deposit HKD50 tadi akan dikembalikan. Jadi usah ragu-ragu untuk menggunakan kad octoupus kerana kad ini bakal memudahkan perjalanan anda.


sila beli octopus di sini


inilah rupanya kad sotong tu

Bas / Tramways
Bas dan tramways juga merupakan pengangkutan yang menjadi pilihan penduduk Hong Kong. Kad Octopus turut boleh digunakan bagi menaiki pengangkutan ini. Jika ingin menikmati pemandangan dalam bandar, bas mahupun tramways pastinya merupakan pengangkutan yang paling tepat untuk aktiviti ini.

(Tramways) sumber: google

Tanpa Kesesakan Lalulintas
Jalanraya di Hong Kong tidak sibuk malahan tiada istilah kesesakan lalu lintas di HK. Seawal 7 pagi disaat semua orang berpusu-pusu ke pejabat dan pelajar menuju ke sekolah jalanraya mereka tetap lengang tanpa banyak kenderaan persendirian. Pastinya mereka tidak perlu menghadap stress tersekat dalam kesesakan lalulintas. Meskipun, setiap masa mereka terpaksa berkejar ke station MTR namun tentunya itu lebih baik untuk kesihatan. Tidak hairanlah rakyat Hong Kong kurus-kurus belaka...bisnes untuk sliming boleh babai.
  

Inilah pemandangan jalanraya HK sekitar jam 7 pagi, sangat lengang. padahal depan 
hotel ini ialah sekolah Queen Elizabeth Secondary School. (gambar dari hotel penginapan)


Di saat negara ini berdepan dengan krisis obesiti yang semakin meningkat mungkin penggunaan seperti MTR antara yang boleh membantu. Kebanyakan masyarakat kita (termasuk saya sendiri... pengakuan cool ^_^ ) menolak untuk berjalan jauh. Sebaik mungkin kita suka memilih tempat letak kereta benar-benar di depan destinasi yang dituju. Selain itu, kita juga selesa dengan seorang satu kereta. 


Akhir sekali, jika ke Hong Kong rancang perjalanan lebih awal kerana perancangan awal memudahkan anda menentukan pengangkutan yang sesuai. Apapun, tidak rugi mencuba semuanya, hanya sayang sekali saya tidak berkesempatan menaiki Tramsways dan Ferry pada kunjungan baru-baru ini.


Lagi TIPS:

1. Jika datang berempat atau berlima, gunakan teksi bagi jarak dekat. Contohnya, dari hotel ke station MTR terdekat ataupun dari station MTR (yang paling hampir) dengan destinasi yang ingin dilawati. Ini lebih menjimatkan tenaga dan HKD.

2. Jika perjalanan ke Airport lebih baik menggunakan Shuttle Bas yang banyak disediakan khususnya di hotel-hotel mahupun hostel. Bagaimanapun, beli tiket semasa berada di Hong Kong kerana harga lebih murah. 

3. Jika memilih menaiki teksi dan anda mempunyai luggage yang perlu diletakkan dalam boot, extra charge akan dikenakan dalam HKD5 ke HKD20. Oleh itu, pastikan jika menaiki teksi anda hanya membawa bag yang boleh dipangku. 




1 comment:

Hanis Azla said...

terima kasih d.angel atas perkongsian.. banyak info bagus tentang HK yang saya temui di sini..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...