Pages

Friday, December 23, 2011

Randy Pangalila Tidak Menghampakan


Hello semua.....

Baru sebentar tadi selesai menonton telemovie Biar Mimpi Sampai ke Bintang lakonan Randy Pangalila dan Elfira Loy, biarpun sebelum ini saya ada menulis tentang ini di SINI tetapi saya sendiri lupa waktu tayangannya....hampir saja terlepas menontonnya.



Orait sikit ringkasan:

Sahabat Alia membuka akaun facebook untuknya dengan tujuan agar Alia (Elfira Roy) dapat berkenalan dengan lelaki kaya. Kebetulan Andy (Randy Pangalila) menerimanya menjadi friends dalam akaun facebook miliknya kerana bosan dan ingin mencari kenalan baru. Kebetulan pada waktu Andy online dia dapat jawapan Alia melalui ruangan chat. Meskipun Andy merupakan seorang anak usahawan terkenal dari Bandung namun dia hanya perkenalkan dirinya sebagai anak penjual kuih. Alia pula dirancang oleh sahabatnya untuk terus menyamar sebagai anak orang kaya. Meskipun mengenali Andy hanya anak penjual kuih namun Alia ikhlas menerimanya sebagai teman.


Akhirnya persahabatan mereka berkembang dengan baik dan Andy mula menyedari kalau dia memang benar-benar menyayangi Alia dan mahu berterus terang tentang dirinya yang sebenar. Begitu juga Alia yang mahu berterus terang tentang dirinya. Sehari sebelum Andy berterus terang Alia sudah mendapat tahu bahawa sebenarnya Andy anak Hardiyanto Sasputra usahawan terkenal yang kaya raya. Semasa Andy berterus terang Alia tidak marah malahan menerima penjelasan dengan baik bagaimanapun Andy salah faham dengan Alia apabila mengetahui bahawa Alia juga membohonginya kerana menyangka Alia hanyalah wanita yang mengejarnya demi harta. 




Akhirnya????? cuba teka....yang sudah menonton pastilah sudah dapat jawapannya. Bagaimanapun jika anda terlepas telemovie ini pastinya masih boleh meneka apa penghujungnya. Eeeerrrrmmm...happy ending macam biasalah ^_^


Okay ini ulasan bagi pelakon pula:

Randy Pangalila berjaya membawa watak Andy dengan baik sekali begitu juga dengan Elfira Loy sebagai Alia. Malahan penampilan Randy sememangnya pelengkap dan menghidupkan jalan cerita, tidak rugi menculiknya jauh dari kota Jakarta. Bagi cerita genre romantik komedi, telemovie ini tidak mengecewakan dan memang boleh membuatkan penonton ketawa terutamanya semasa babak Mak Yam lakonan Didie Alias. Cuma bahasa Indonesia lakonan Mahmud Ali Bashah sebagai ayah Andy masih agak kaku meskipun kononnya dia telah lama menetap di Malaysia namun saya fikir lenggok bahasa Indonesia perlu lebih lembut sedikit agar serasi dengan gaya bahasa Andy anaknya. Keseluruhannya 4 dari 5 bintang. 

Akan datang:

Dengar kata akan datang ada lagi kerjasama seperti ini. Masih gandingan yang sama dengarnya drama akan datang berjudul "Dalam Hati Ada Taman". Kita nantikan saja jika itu menjadi kenyataan.


p/s: suka dengan bahasa indonesia yang sedap didengar

1 comment:

Anonymous said...

mimpi sampai ke bintang saya suka tajuk dia..kebetulan tengok juga sambil mlayan my cutiehero.Jalan cerita biasa2 lah ceta melayu kan but pelakon yg membawa watak tu oraitlah boleh buat saya ketawa juga and oo itulah dia andy.P yg sebut2 dlm post yg lepas.actually tidak mengikuti drama2 d tv almaklumlah...saya bagi 3star..hehehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...