Pages

Tuesday, December 20, 2011

Presiden Korea Utara Kim Jong-il Meninggal Dunia


Semalam 19 Disember 2011, Presiden Korea Utara Kim Jong-il telah sahkan meninggal dunia di usia 69 tahun. Beliau merupakan seorang Presiden yang penuh kontroversi dengan isu peluru berpandu yang tidak berkesudahan sepanjang pemerintahan. Sehingga semalam disahkan ujian peluru berpandu nuklear oleh Pyongyang tetap dilancarkan meskipun dalam situasi berkabung.


Kim Jong-il (bakal dikebumikan pada 28 Disember 2011)

Kim Jong-il meneruskan legasi ayahnya Kim II Sung yang meninggal dunia pada tahun 1994. Bagaimanapun beliau hanya memegang jawatan Presiden secara rasmi pada tahun 1997. Kim Jong-Un merupakan anak ketiga beliau yang baru berusia 20an disebut-sebut sebagai waris. Kim Jong-Un bagaimanapun dikatakan lebih tegas berbanding ayahnya dilihat lebih sukar bertoleransi dengan isu rundingan neuklear. Bagaimanapun belum ada kata putus yang jelas tentang penganti yang disebut-sebutkan ini.


Kim Jong-il dan anaknya Kim Jong-Un


Korea Utara atau nama rasminya Republik Demokratik Rakyat Korea pernah menjadi satu negara dengan Korea Selatan tetapi dipisahkan selepas perang dunia kedua pada tahun 1945. Korea Utara mengamalkan sistem pemerintahan bercorak Komunisme dengan pemerintahan tanpa kebebasan bersuara, berpolitik, beragama mahupun memperolehi pendidikan yang adil. Rakyat Korea Utara hidup dalam kemiskinan dan kebuluran lantaran ekonomi yang tidak berkembang malahan menjadi negara yang memperolehi pendapatan KDNK antara yang terendah di dunia. Sistem politik, sosial dan ekonomi negara ini dikawal sepenuhnya oleh Kerajaan.



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...