Wow! tajuk entri macam gempak giler owh...(nampak jer) pasal bila sebut Randy Pangalila ni kalau gadis-gadis remaja pasti mata berpinar-pinar macam ada diamond blink blink. Sedang i pun teruja juga....hehehe..diam-diam tau. Macam bulan September hari tu, masa Randy tiba di KLIA, beliau khabarnya diserbu gila...ho ho ho penangan senetron la apa lagi.
Orait, direct to the point....gitu kan.. macam yang disebutkan dalam entri yang lepas di SINI, gue punya cerita menarik juga lucu selain bertemu jiran tetangga Randy Pangalila di kota Hong Kong. Betul? betulah....gini ceritanya:
Semasa buat perancangan ke Hong Kong dan Shenzen kami sudah plan akan explore sendiri ke dua-dua bandaraya ini sendiri. Tapi plan A tadi tiba-tiba berubah di saat-saat akhir maka munculah plan B. Plan B ini ialah kami akan mengambil ground package tour selama 2 hari pertama di sana. Maka bermulalah episod kami bertemankan tour guide seorang warga Hong Kong yang sangat fasih berbahasa Indonesia. Pada awalnya kami tidak menyangka akan ada guide yang boleh berbahasa Melayu (Indonesia sama la tu) maka sejak tempahan ground tour dibuat, kami meminta jurupandu yang boleh berbahasa Inggeris...kononnya.
Rupanya dalam group tour itu disertai oleh 2 famili warga Indonesia. Maka itulah tour guide kamipun ngomongnya bahasa Indonesia dan bahasa Inggeris. Melihat situasi tersebut maka kami pun meminta kepada Mr. Chris juru pandu kami agar ngomongnya bahasa Indonesia aje kerna kita-kita bisa ngerti deh sambil menyakinkan bahawa kami juga boleh memahami bahasa tersebut gara-gara minat menonton senetron daripada negara jiran itu..huh! Akhirnya, permintaan kami ditunaikan, ya la pastinya kerja beliau menjadi lebih mudah. Bagaimanapun tengah beliau menerang menggunakan bahasa Indonesia, tiba-tiba kami terpinga-pinga dengan satu perkataan yang agak asing dan tidak fahami. "Karcis" itulah perkataannya. Nah pernah dengar? sebenarnya bahasa Indonesia ni banyak juga kelainannya daripada bahasa melayu jadi dalam keadaan terpinga-pinga itu, mr. Chris pun terus tawarkan diri menggunakan dwi bahasa seperti sebelumnya. Akhirnya pecah perut kami ketawa apa tidaknya dalam beria mengaku faham tu, ada pula siang-siang kantoi.... rupanya bukanlah faham sangatpun.
Baiklah kata tadi jumpa jiran tetangga Randy pangalila kan...ya satu famili lagi tu sangat baik dan mesra orangnya. Salah seorang berkerja sebagai agen Insurans rasanya la jika melihat kartu pekerjaan yang diberikan. Mereka datang dari daerah Surabaya dan pastilah mereka peminat setia Randy Pangalila yang juga datangnya dari daerah yang sama. Hah tu pasal, jadi sempatlah juga melayan salah seorang ibu yang agak berumur ngobrol pasal Randy Pangalila ini walaupun aku tiada idea pun tentang cerita Cinta Fitri yang dibualkan...huhuhu. Akhirnya Randy Pangalila menyatukan dua negara yang baru saja tegang di padang bola biarpun jauhnya beribu batu di kota Hong Kong. Ending yang bagus juga ni.
No comments:
Post a Comment