Pages

Tuesday, December 20, 2011

Korea Utara Yang Muram dan Suram



X -Korea Utara


Korea Utara merupakan negara yang paling berahsia di dunia. Negara yang baru saja kehilangan pemimpin ini terus menyendiri dan bukan setakat itu malah negara ini seakan memencilkan diri dalam kegelapan. Perhatikan saja gambar pada waktu malam yang diambil oleh satelit ini. Jika dilihat kawasan yang satu-satunya kelihatan mempunyai tenaga elektrik di negara tersebut ialah di sebelah barat iaitu Pyongyang (sebelah x). Pencahayaan yang boleh dilihat jelas ialah bandar-bandar di negara China sebelah atas dan seluruh kawasan di selatan iaitu Korea Selatan. Bandaraya Seoul kelihatan amat jelas dengan cahaya yang terang berderang. Ini menunjukkan betapa kroniknya ekonomi negara nuklear ini.


Berbeza dengan negara-negara jirannya yang kaya raya Korea Utara terus merundum dan rakyatnya mengalami kemiskinan yang semakin parah. PBB telah membuat sekatan ekonomi terhadap negara ini lantaran program senjata nuklear yang dilancarkan oleh bekas pemimpin mereka Kim Jong-il. 


Adakah rakyat Korea Utara terus dibelenggu masalah ekonomi dan menghadapi masa suram dan muram ini berpanjangan? Persoalan yang hanya dapat dijawab oleh rakyatnya sendiri.


Entri berkaitan: Presiden Korea Utara Kim Jong-il Meninggal Dunia



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...