Friday, December 16, 2011

Jejaki Hong Kong Hari Pertama


Hari ni memang totally update pasal percutian Hong Kong hari tu, sebenarnya entri cuti-cuti ni hanya sebagai satu catatan agar dapat dikenang sendiri dan juga family pada masa akan datang. Bagaimanapun diharap pengalaman yang dikongsi juga boleh menjadi rujukan pada sesiapa sahaja yang bakal merancang percutian.


Kenapa HK? lama sudah my sister ajak ke HK ni sebenarnya, cuma time tu i sikit jual mahal....hehehe....kononnya sebab sedikit pengaruh kawan yang menceritakan pengalaman ke HK yang katanya boring dan tidak menarik. Betulkah?? ermmm.....soalan tu nanti saya jawab.....akhirnya bila fikir-fikir balik....why not dear? Lagipun HK merupakan tempat asal nenek moyang sebelah our mom....yess HK...not China okehhh. (apalah tu?? sama ja ^_^) Bila confirm mau pergi terus kami plan cari tiket segala bagai. Akhirnya...november is coming. Kami terbang dengan Airasia misi menziarahi tanah tumpah darah moyang kami yang selalu my grandmom sebut-sebutkan.


Jom lah kita ronda-ronda Hong Kong. Cuma sebelum itu maafkan lah jika gambar-gambar ini ada yang kurang terang kerana sebahagiannya diambil hanya menggunakan kamera iphone. 



Train ni laju weeii....akan datang setiap 2 minit.



HK International airport ni lain macam sikit ambik bagasi kena ikut train. Jadi apapun baca ja lah segala papan tanda tu pasti tidak akan sesat punya. Kenapa perlu ikut train? mulanya i pun tak tau kenapa? time pulang tu baru tau rupanya HK ni ada 2 Terminal iaitu Terminal 1 dan 2. Biasanya untuk check imigresen di Terminal 1 sementara Terminal 2 tu untuk ambik bagasi bagi penerbangan tertentu. Nanti kalau balik pun sama (kalau naik Airasia) kena ke terminal 2 dulu  hantar luggage kemudian naik train untuk pemeriksaan imigresen di Terminal 1 kemudian berpatah balik naik train ke Terminal 2 untuk berlepas. Hah! pening lalats kan...dorang ni memang suka pusing-pusing. Oleh sebab itu, "don't be late" pasal banyak cekadak tau.


 Inilah suasana airport HK


Ini pula tourist pick-up area, selepas jer keluar dari pintu exit pasti jumpa tiang-tiang siap ada nombor ni. Jadi kalau ambik perkhidmatan tour di sinilah meeting point. 


Uniknya airport HK ni semua jam yang digunakan di sini ialah Rolex


Bila sampai dan check in di hotel perkara pertama ialah toilet. Kan toilet depan pintu bilik jadi snap sekejap sebelum dinodai....kwang... kwang... kwang.





Lokasi bilik tingkat 26 (kat sini 1st night jeww..pastu pindah bilik)


Kami dapat bilik yang ada 2 tingkap besar sebelah kiri dan kanan jadi bila buka langsir wow!!!! pemandangan waktu malam yang mengagumkan dikelilingi bangunan tinggi dihiasi kerlipan lampu bagaikan dalam cerita filem Spiderman....eheheh berangan di bandar NY.  (tp tiada gambar untuk itu kerana camera i tak canggih...huhu) 


bangun-bangun ja terus snap




Apa bestnya hotel yang kami pilih ini, dari aspek lokasi memang agak jauh sikit dari HK Centre seperti Mongkok mahupun Kawloon. Hotel ini terletak di New Territories satu kawasan yang baru dibangunkan. Sebelum memilih hotel ini, i bagai nak rak hari-hari cari informasi pasal hotel dan lokasi. Akhirnya barulah pilih yang ni....Kenapa? ini antara sebabnya:

1. Spacious (agak luas jugalah untuk standard kebanyakan hotel di HK)

2. Light Rail depan hotel sahaja (connected to MTR)

3. Dekat dengan Shopping Mall.

Itu hasil google haritu, tapi bila sampai memang tepat semuanya. Arr kalau kaki wayang dekat hotel ni siap ada panggung wayang yang hanya beberapa langkah dari hotel. Apapun memandangkan bukan kaki wayang tapi kaki makan jadi sampai-sampai ja kami terus cari supermarket berhampiran. Dekat ja pun, lari-lari anak sampai 2 minit, lengang-lengang kakung sampai jugalah 5 minit. Tapi kalau 1st timer tu kira macam treasure hunt jugalah...huhuhu.


bangunan tulah hotel sebelah dengan shoping mall


Apa lagi....di hotel ini juga boleh masak kalau rajin kerana selain peti sejuk 2 pintu turut disediakan microwave dan induction cooker, kira-kira mcm mini kitchen gitu. Jadi sebagai persediaan untuk memasak jom kita pergi Gaint dulu.

Giant???? no..no..no..

Meskipun bukan Giant tapi kitorang buat macam gaint jugalah pasal kebanyakan barangan HK ni sama ja macam kita di sini berbeza dengan Korea Selatan mau beli pun macam ??##^^*8 peningss. 

Apa lagi....belilah apa-apa yang patut.


Strawberry ni murah jugalah dalam RM12 utk 450g


 pilih pilih


Dragon Fruits...i suka giler makan benda alah ni tapi kenapa sini murah banget?
 kalau di KK harga RM8 satu kg. Sini dalam RM1.50 sebijik...huhuhu.


 okay sebelum tidur makan dulu....strawberry, grape, blueberry 
supaya mata i bersinar-sinar besok pagi...hehehe.


Coklat memang murah di sini, HK kan bebas cukai...hrrmmm balik nanti kita tapau.


inilah hotel penginapan kitorang, Harbour Plaza Resort City

 kenalkan itu my nephew, ada iras-iras Jackie Chan?.....kan tadi kata moyang asal HK...hehehe.


Baiklah akan bersambung pasal gue da ngantuk nih. (mula ngomong indon pasal besok ketemu ibu-ibu dari Surabaya tuh) 

Entri berkaitan:   Pengangkutan Awam Hong Kong  dan  Bila Pasport Tidak Lagi Valid


                          

3 comments:

Sepulz said...

wah....bestnya....bila lah sepul ne dapat ikut jejak tcher ne....tringin btul mau g melancong...ermmm...sob3x

Dorris Angel said...

tdk lama lagi tu....pasti! nnti kerja kerja kerja...cuti cuti cuti...masa tu jgn lupa ole2 tcher ok. :)

zainalmy said...

saya juga akan ringgal di hotel ini dalam masa 2 hari lagi. terima kasih di atas maklumat yang banyak membantu. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...