Sunday, December 18, 2011

Hong Kong City Tour - 2


Hello semua.....

Bahagian ke-2....Hong Kong - Shenzen. Hari ke dua di Hong Kong ini kami sudah pun ada schedule yang ditetapkan oleh travel agency. Oleh itu, kami akan bersama agen ni untuk 2 hari penuh iaitu sehari di HK dan sehari lagi di Shenzen. Pasal tulah mungkin kurennngggg semangat. Guna tour ni memanglah agenda boring sikit, ikutkan saya tidak mahu ambik dorang ni tapi atas permintaan ramai ikutkan ja lah.


Pagi-pagi bas kitorang park depan jalan ni, pasal nak ambik geng bas sekolah dari negara jiran Indonesia yang menginap di hotel berhampiran. Kami akan dibawa untuk half day city tour bersama-sama ibu-ibu dan bapa-bapa dari Surabaya dan Jakarta. Pada entri lepas di SINI saya ada ceritakan tentang mereka ini.


Tinggalan pengaruh Inggeris

Agenda half day HK city tour pun bermula dengan tour guide kami yang bernama Chris, chinese HK yang sangat fasih berbahasa Indonesia. Destinasi pertama Repulse Bay merupakan kawasan yang agak popular dan banyak dikunjungi pelancong. Menurut Chris, Repulse Bay merupakan kawasan tempat tinggal golongan elit  sejak zaman pemerintahaan British. Kini kawasan ini menjadi tempat tinggal yang termahal di Hong Kong dengan sewa paling rendah 50 ribu HK sebulan.




Tanda "Q" tu rumah kediaman Jackie Chan....maklumat pastinya dari Chris



yang ni pula rumah orang paling kaya di Hong Kong iaitu Li Ka Shing, kalau tidak silap bukan setakat di HK tetapi juga terkaya di East Asia.





tiada apa aktiviti di sini selain daripada mengambil gambar....snap snap snap










Sebenarnya orang ramai berpusu-pusu ke tempat ini disebabkan beberapa patung Buddha yang terletak di sini. 

Buddhist Temple (penuh sesak oleh pengunjung)


Selepas Repulse Bay kami di bawa ke Aberdeen Floating Village. Apa yang menarik di sini? Tempat ini sebenarnya biasa-biasa saja sebab itu tidak banyak gambar diambil di sini. Bagaimanapun sesiapa yang mahu menikmati panorama di sini boleh menaiki sampan bagi aktiviti tersebut dengan bayaran HKD20 seorang.....hhhmmmmm.

Imej: Wikipedia

sebelum naik kena Q

Banyak sambutan juga naik sampan ni tapi i rasa semua ni geng-geng terpadaya dengan agen....heheheh. Memandangkan i tak berapa nak terpedaya dengan sampan maka jadi aksesori ja la tunggu orang balik dari ronda-ronda dengan sampan ni. Apapun, sekurang-kurangnya dapat mengenali kehidupan masyarakat HK zaman dahulu yang bermula dari perkampungan nelayan.


Chris bagitahu kitaorang bot kaler hitam yang i dah tandakan "Q" tu bot mewah milik Jackie Chan....errrmmm.. dia ni lagi. Pastu  i pun ambik  lah gambar....Jackie Chan tak jumpa gambar bot dia pun jadilah....hahahaha.




Ini agenda pertama paling membosankan dalam schedule hari tersebut iaitu dibawa ke pusat penjualan jewellery. Sejak awal lagi guide kami ni asyik promo benda alah ni....nasib i da tahu semua taktik dorang ni, jadi siap-siap bagi warning dengan family members yang lain supaya jangan terjebak....ha ha ha ha...ho ho ho...buang air liur ja dia promo...tak kuasa i beli rantai, gelang, cincin segala bagai.... pertama kerana that is not my agenda okayyy, kedua i bukannya test makcik Kiah keliling pingang emas berlian.



i sempat snap pakcik tu buat kerja-kerja belakang tabir, pasni tiada gambar yang boleh diambil. Pasal apa??...tak taulah itulah biasanya syarat yang dikenakan di tempat-tempat macam ni di mana-mana pun. 


Agenda ke-2 yang menambah kebosanan tahap cipan bila kena bawa pula ke kedai herba ini. Dalam kedai ni pun dilarang mengambil gambar tapi oleh kerana kebosanan kan sudah tahap cipan jadi i buat-buat tidak nampak sign board "No Photography" tu i ambik gambar guna hp....heheheh...(tanduk da mula keluar time ni..nge..nge..nge). Cuba tengok benda yang kena pintal-pintal macam tali tu, berapa price tag? ribu riban kan....hah! sanggup?? kalau benda tu ribu riban, yang jewellery tadi tu? ahh!...gilerrr hoi.



sempat snap sampai sini jeww....pasal ada mata bulat semacam pandang i.....huhuhu.


Hung Num Station 


Pada sebelah petang kami menaiki train MTR dari Station Hung Hum ke Station Lo Wu (sempadan Shenzen). Perjalanan mengambil masa hanya kira-kira 45 minit dengan tambang HKD33. Misi menjejakkan kaki ke tanah besar China. Kami akan berada 2 malam di Shenzen dan kemudian baru kembali ke HK semula. Apa yang menariknya Shenzen? banyak...cuma masa sahaja terlalu singkat. update akan datang tentunya tentang Shenzen dan seorang nyonya manis bernama Lily.


Happy reading.




2 comments:

coldpepperonata said...
This comment has been removed by the author.
coldpepperonata said...

jade!!jakie chan jade tiadakah?best beach dia kan nampak bersih ja

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...