Pernahkah anda tengah santai-santai menonton, blogging atau duk sembang di ruang tamu datang tetamu tak diundang minta dibukakan pintu. Terdapat diantaranya yang menggunakan alasan datang sebagai pemeriksa keselamatan dapur gas ataupun kononya memeriksa tahap kebersihan air paip.
Paling mengeramkan kategori pertama tadi iaitu tukang pemeriksa kebocoran dapur gas. Biasanya mereka ini mengenakan uniform ataupun baju koprat mewakili syarikat gas tertentu, lebih hebat yang siap menunjukkan kad (entah apa-apa) kononnya betullah dari syarikat *tut* tersebut. Jika anda membuka pintu, maka mulalah mereka ini buat helah agar dibenarkan masuk yang bakal diakhiri dengan pujukan 360 darjah agar anda membeli barangan mereka atau andai saja hanya peyamaran semata?
ini antara yang saya maksudkan...baru saja mengetuk-getuk pintu rumah tapi akhirnya beralih ke rumah jiran. |
Bagaimana jika dalam keadaan seperti ini:
Hanya pembantu (orang gaji) dan anak-anak kecil di rumah
Kadang pembantu rumah ni kalau tidak dipesan 5 kali sehari selalunya lalai. Bahayanya ialah anak-anak kecil kalau si pembantu pula lalai silap-silap dengan budak-budak tu lesap.
Ibu-ibu yang penuh rasa simpati dan mudah terpujuk
Ibu-ibu ni pula biasanya jenis yang lembut dan berhati baik. Sekarang ni bukan sedikit wanita yang ditipu jutaan ringgit gara-gara terlalu percaya.
Anak-anak remaja
Mereka ini pula merupakan golongan yang belum matang dan sering berfikir kebudak-budakan maka ini punca mereka mudah terperdaya.
PENTING:
Apapun bertindaklah bijak. Pastikan anak-anak dan pembantu rumah sekerap mungkin diingatkan agar jangan membuka pintu rumah kepada sesiapa yang tidak dikenali walau apa jua alasan. Kalau boleh buat NOTIS di depan pintu rumah.
Kepada ibu-ibu yang berhati lembut amalkan tips untuk bertegas mengatakan TIDAK dan jangan beri peluang kepada pengunjung yang tidak dikenali ini membuat sebarang penjelasan. Meskipun kita tahu bukan semua ada niat jahat, mungkin saja itu hanya tuntutan pekerjaan yang diarahkan majikan. Apapun berhati-hati adalah langkah terbaik sekarang ini macam-macam boleh berlaku.
Be safe and have a nice day.
1 comment:
Buka pintu bah!!!saya datan hantar makanan ni....itu belum lagi yg dtg nyanyi2 minta derma utk ank yatim!!!
Post a Comment